Monday 5 October 2015

5 Cara Mengatasi Hemoglobin Rendah Untuk Ibu Mengandung

5 Cara Mengatasi Hemoglobin Rendah Untuk Ibu Mengandung


Sepanjang kehamilan, kadar hemoglobin (HB) ibu hamil harus dipantau agar selalu normal. 

Hemoglobin merupakan protein yang mengandung zat besi yang berfungsi mengangkut oksigen dari paru-paru ke seluruh tubuh. 

Apabila HB ibu mengandung rendah, maka ini akan menyebabkan risiko ibu hamil terkena anemia, mengalami jangkitan, bahkan perdarahan. 
Paras HB Untuk Ibu Mengandung

Tentu, gangguan kesihatan tersebut akan memengaruhi kesihatan ibu hamil dan janin, seperti kegagalan jantung pada ibu, perdarahan ketika hamil, keguguran, pertumbuhan bayi terbantut, bayi lahir pramatang dengan berat kurang, bahkan kematian bayi saat dilahirkan. 

Sesuatu yang ibu dan ayah perlu berusaha elakkan?

Pemantauan hemoglobin supaya tidak jatuh di bawah paras rendah sepanjang kehamilan sangatlah penting dilakukan. 

Supaya proses kehamilan puan akan tetap lancar hingga saat bersalin nanti. 

Berikut beberapa tips cerdas memastikan hemoglobin dalam darah ibu mengandung tetap normal.

diet ibu hamil

1. Mengambil makanan yang dapat menaikkan hemoglobin dalam darah

Makanan adalah faktor paling penting dalam menaikkan hemoglobin rendah. 

Jadi, sangat penting untuk untuk ibu hamil mengambil peduli akan makanan yang diambilnya sepanjang kehamilan.

Berikut ini beberapa jenis bahan makanan yang sangat di ambil untuk meningkatkan jumlah hemoglobin hb dalam darah.

  • sayur-sayuran: brokoli, bayam, kubis, sawi, asparagus, dll
  • buah-buahan: apel, jeruk, anggur, aprikot, jambu biji, alpukat, plum, bit, tomat, pisang, strawberry, pepaya, melon, mangga, kiwi, dll
  • daging merah (daging sapi dan kambing), hati ayam, telur ayam
  • kacang-kacangan: kacang almond, kacang hijau, kacang merah, kacang polong, dll
  • makanan laut: ikan, kerang
  • sereal, oat
  • biji-bijian: biji wijen, biji bunga matahari, biji jagung


2. Mengelakkan Pengambilan Makanan Penghalang Penyerapan Zat Besi

elakkan makanan hb rendah
Diet untuk ibu mengandung tidak sama dengan diet harian sebelum hamil.

Penyebab jumlah hemoglobin dalam darah rendah adalah kerana kurangnya penyerapan zat besi. 

Pil seperti obimin dan vitalea dari Shaklee memang diperkaya dengan zat besi.

Sepatutnya pengambilan pada kuantiti yang cukup sudah mencukupi.

Tetapi sekiranya ibu mengandung mengambil makanan yang menghalang serapan zat besi, semua ini jadi sia sia.

Berikut adalah beberapa jenis bahan makanan yang dapat menghalang penyerapan zat besi dalam tubuh.
  • Teh, kopi, soda,dan minuman berkafein atau beralkohol
  • Makanan tinggi kalsium: susu, coklat, keju dan produk tenusu
  • Makanan mengandung gluten: gandum dan tepung gandum


3.  Pengambilan Suplemen Zat Besi Untuk Ibu Mengandung


Kurangnya diet zat besi dalam tubuh ibu mengandung puan puan atasi dengan memakan makanan tambahan seperti suplemen zat besi seperti obimin dari doctor atau pun suplemen vitalea dan sustained release vita c. 


4. Menambahkan Pengambilan Vitamin C


Vitamin C bermanfaat untuk meningkatkan penyerapan zat besi dalam tubuh sehingga dapat meningkatkan kadar hemoglobin.

Sebab itu elok makan vitalea dan sustained released vita c bersama sama. Ini di dapati di dalam vitamin untuk ibu mengandung hb rendah. Boleh baca disini

5. Mendapatkan Rehat Secukupnya


Ibu mengandung dengan tahap hemoglobin hb rendah disarankan untuk memiliki masa istirehat dan tidur yang cukup. 

Sebarang aktiviti yang mememerlukan banyak tenaga perlu dikurangkan buat sementara sehingga paras HB darah kembali normal. 

Perkara ini bertujuan mencegah keletihan melampau pada puan dan tidak semakin parah.

Alhamdulillah, cukup mudah untuk meningkatkan kadar HB untuk ibu mengandung dengan cara yang betul.

Dapatkan pemeriksaan doktor secara kerap untuk memantau paras hb ya. Bagi ibu mengandung yang sibuk bekerja ini lebih penting.

Pastikan diet harian terjaga. Antara usaha yang dapat dilakukan adalah mengambil makanan tambahan yang selamat dan terbukti berkesan.

Pengalaman Sendiri Menjaga HB Semasa Mengandung 

Semasa Mazni hamil anak kedua, oleh kerana Mazni menggunakan khidmat komuter dari Klang ke KLCC setiap hari. Badan memang akan mudah penat.

Kerja yang banyak pula dan restoran yang menghidangkan makanan kurang berkhasiat serta tinggi ajinomoto / MSG memang menggalakkan HB menjadi rendah.

Apa yang Mazni lakukan ialah mengambil Suplemen untuk ibu mengandung ini. Klik Sini untuk Suplemen untuk ibu mengandung Hb rendah.

Selamat mencuba

No comments:

Post a Comment